CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 21, 2009

kenali haiwan liar.....




monyet







harimau









kuda









singa

mari kenali haiwan peliharaan

itik







ayam








burung






kambing







lembu







kucing





Tuesday, January 20, 2009

mari mengenali abc sampai e































mari kita menyanyi lagu abc for u

a b c d e f g h
i j k l m n o p
q r s t u v w
x y and z
no i know my abc
that times i want to sing again

Monday, January 19, 2009

arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak......




  • mudah kepada susah
  • tahu kepada tidak tahu
  • diri sendiri kepada orang lain
  • menyeluruh kepada bahagian
  • konkrit kepada abstrak
  • menyelidik mahupun menjelajah kepada mempunyai tujuan
  • kurang tepat kepada lebih tepat
  • desakan kepada terkawal

Thursday, January 15, 2009

Cartoon English lessons for kids and adults


Cartoon English lessons for kids and adults / TEASER from GymGlish on Vimeo.

Wednesday, January 14, 2009

teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak


Jean Jacques Rousseau (1712-1778) melihat kanak-kanak seperti bunga yang berkembang ataupun tumbuh-tumbuhan matang secara semula jadi mengikut baka. Pembesarannya mengikut peringkat yang dapat dijangkakan, iaitu daripada biji benih yang kemudian membesar mengikut ketinggian, berat dan bentuk tertentu.

Mengikut pendapat ahli falsafah John Locke (1623-1704), manusia adalah pasif dan mudah menerima. Pembelajaran adalah akibat minda menerima ransangan daripada orang lain dan juga persekitaran. Kanak-kanak diibaratkan kain putih. Kain putih perlu ditulis oleh orang yang mendidik kanak-kanak melalui suatu siri ganjaran dan hukuman. Pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima ganjaran ataupun pengukuhan akibat tingkah laku ataupun tindak balas yang betul daripada sesuatu ransangan. Pembelajaran kanak-kanak berlaku akibat syarat-syarat yang ditentukan oleh orang dewasa dan persekitaran. Kanak-kanak belajar apabila keperluan mereka dipenuhi ataupun tidak dipenuhi oleh orang lain dan faktor persekitaran.

Pendapat ketiga yang berkaitan dengan perkembangan manusia adalah pendapat ahli-ahli interaktionis. Teori ini menegaskan kedua-dua faktor persekitaran dan semula jadi saling bantu membantu dalam mempengaruhi perkembangan manusia, iaitu gabungan faktor yang ditekankan dalam teori behavioris dan maturationis. Pembelajaran berlaku akibat interaksi antara faktor semula jadi dalam diri kanak-kanak dengan ransangan ataupun pengaruh persekitaran. Dalam proses perkembangan dan kematangan, kanak-kanak membina pengetahuan dalam diri sendiri dengan bertindak melalui ransangan daripada persekitaran. Jean Piaget (1896-1980) melihat kanak-kanak sebagai individu yang aktif. Beliau menegaskan pengetahuan dapat dicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan sosial. Interaksi ini dipanggil penyerapan, penyesuaian dan keseimbangan.

Pendapat keempat pula berkenaan dengan perkembangan manusia yang menumpukan pada konteks dan budaya. Ahli psikologi budaya berpendapat pembelajaran tidak terpisah daripda konteks budaya. Pembelajaran dipengaruhi oleh budaya dan keadaan masyarakat di mana kanak-kanak dilahir dan dibesarkan. Ahli falsafah Vygotsky (1896-1934) mengatakan perkembangan kanak-kanak tidak berlaku kerana satu faktor sahaja seperti pengaruh semula jadi ataupun pengaruh persekitaran. Tetapi perkembangan kanak-kanak bergantung pada interaksi faktor-faktor tersebut. Beliau menegaskan kesan proses budaya sosial merangsang perkembangan individu. Kanak-kanak berkembang berdasarkan dua tahap iaitu tahap semula jadi dan budaya. Kesimpulannya, ahli psikologi sekarang berpendapat pembelajaran adalah kesan daripada gabungan pengaruh baka, persekitaran dan budaya.

Sunday, January 11, 2009

tingkah laku kanak-kanak - pengaruh keluarga atau persekitaran


cuba anda semua perhatikan kanak-kanak di dalam gambar di atas. apa yang ada dalam fikiran anda. tentu anda terfikir bagaimana kanak-kanak sekecil ini sudah pandai menaiki motosikal. adakah kanak-kanak ini akan digelar rempit junior dan akan mula merempit bila usianya sudah mencapai belasan tahun. siapakah yang mempengaruhi kanak-kanak ini. adakah keluarganya seperti abang, sepupu atau persekitaran yang membuatkan kanak-kanak ini ingin menaiki motosikal dalam usia yang masih mentah.......cuba anda semua fikirkannya!!!!

Saturday, January 10, 2009

renungkanlah.....



kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yang suci lagi bersih. jadi kita sebagai ibu bapa atau guru atau sesiapa sahaja perlulah mendidik mereka menjadi insan yang berguna......

Thursday, January 8, 2009

salam semua

harap2 blog nie dpt jd medium untuk tukar2 fikiran dlm mengajar knk2 nnt.

aiiiii.....comey x sy!!!!